Turki sedia tutup sempadan di utara Iraq

ISTANBUL, 1 Safar 1439H, Jumaat – Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata, Turki akan menutup sempadannya di utara Iraq pada bila-bila masa selepas tindakan dilakukan ke atas ruang udara wilayah itu, lapor akhbar Hurriyet.

Menghidupkan semula ancaman yang pertama kali dibuat selepas puak Kurdis mengundi untuk merdeka, beliau berkata, Turki sudah menutup ruang udaranya yang bersempadan dengan utara Iraq.

“Perbincangan masih berterusan mengenai apa yang kami lakukan di sempadan. Kami belum lagi menutup pintu sempadan, tetapi ia boleh berlaku pada bila-bila masa,” katanya.

Isnin lalu, Turki mengumumkan menutup ruang udaranya di wilayah yang bersempadan dengan negeri separuh autonomi Kurdis di Iraq.

Pintu sempadan Habur adalah pusat transit utama antara Turki dan kerajaan separuh autonomi Kurdis di Iraq.

Pungutan suara pada 25 September lalu, di mana puak Kurdis di utara Iraq mengundi memilih merdeka, mencetuskan ketegangan di wilayah itu dengan pegawai Kurdis mendakwa keputusan berkenaan bermakna pemisahan wilayah itu dari Iraq tidak dapat dielakkan.

Bagaimanapun, Selasa lalu, anggota keselamatan Kurdis tidak melawan tatkala tentera Iraq memasuki wilayah yang dipertikaikan itu, termasuk bandar yang kaya dengan minyak, Kirkuk.

Ankara yang berperang dengan puak Kurdis di tenggara Turki, bimbang kemerdekaan Kurdis Iraq yang bersempadan dengannya akan meningkatkan lagi ketegangan di wilayahnya. – Agensi

The post Turki sedia tutup sempadan di utara Iraq appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian