UiTM ke-158 terbaik di Asia

SHAH ALAM, 28 Muharram 11439H, Selasa – Universiti Teknologi MARA (UiTM) menjadi universiti ke-158 terbaik di rantau Asia daripada 11,900 universiti yang ada, berdasarkan laporan Quacquarelli Symonds (QS) Asia University Rankings 2018.

Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said berkata, UiTM terus meningkat kedudukannya apabila laporan itu turut menyenaraikan universiti tersebut antara 1.3 peratus universiti teratas di Asia.

“Menerusi laporan itu, UiTM mencatatkan lonjakkan 23 tangga untuk menjadi universiti ke-158 terbaik di Asia.

“Antara penunjuk utama yang banyak menunjukkan peningkatan adalah reputasi majikan iaitu sebanyak 55.7 markah berbanding 44.8 pada 2017,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata dua lagi penunjuk utama yang meningkat ialah kertas penyelidikan setiap ahli akademik dan reputasi akademik.

​​​​​​​​​​​​​​Katanya, keputusan itu turut menunjukkan tahap kebolehpasaran tinggi graduan UiTM dan kepercayaan pihak industri bahawa graduan universiti ini berkualiti tinggi dengan memenuhi keperluan skil dan pengetahuan masa kini.

Dalam pada itu Hassan berkata, keputusan laporan itu akan menjadi pemangkin kepada universiti dalam usaha untuk terus mendidik pelajar sekaligus menghasilkan graduan bumiputera yang holistik dan seimbang.

“Graduan UiTM juga akan diberi penekanan kepada aspek inovasi dalam keusahawanan supaya mereka juga mampu untuk mencipta kerjaya pada masa depan,” katanya.

Asia University Rankings akan membuat penarafan universiti di peringkat serantau dan dunia berdasarkan kepada 10 indikator termasuk reputasi akademik, reputasi majikan, nisbah pelajar kepada fakulti dan staf yang berkelayakan doktor falsafah (PhD).- Bernama

The post UiTM ke-158 terbaik di Asia appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian