Ulama kelu umat celaru

UNGKAPAN agak sesuai dengan suasana umat sekarang ini yang diselubungi dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Ulama kelu dalam memahami cabaran yang diharungi.

Cabaran jelma dalam rupa bentuk yang baru tetapi terus mengekalkan idea atau agenda yang asal. Agenda untuk memerangi Islam dan umatnya. Kalau dulu mereka jelma dengan rupa asal mereka yang amat memusuhi Islam.

Watak mereka jelas dalam semua tindak tanduk dan perlakuan mereka. Permusuhan amat jelas kerana watak mereka sendiri dapat dilihat secara zahir memerangi Islam dan umatnya. Sekarang strategi mereka telah berubah. Dari watak bermusuh, berpusing kepada watak kawan dan sahabat setia yang sama-sama dalam perjuangan keadilan dan persamaan hak.

Natijahnya, ulama dan ilmuan Islam kelu dan keliru, berakhir dengan kecelaruan umat yang bertalu-talu hasil dari perbuatan umat sendiri yang bersekongkol dengan musuh Islam. Umat Islam bermusuhan sama sendiri dengan kawalan dari ‘tok dalang’ yang berada disebalik tabir.

Tok dalang dengan mudah menyusun dan mengatur pergerakan dilayar mengikut inspirasi dan motif yang ingin dicapai semasa babak tersebut ditayangkan. Beginilah nasib umat Islam sekarang ini secara amnya.

Satu ketika heboh masalah anjing. Riuh rendah umat Islam termasuk mereka yang menggelarkan diri sebagai ilmuan Islam bertelagah kerana nak jaga hati orang kafir agar tidak terguris bila orang Islam mengatakan anjing adalah najis.

Kalau boleh ilmuan ini mahu orang Islam menerima anjing sebagai binatang yang suci lagi bersih. Bermacam hujah dan dalil dikeluarkan untuk menghalalkan pandangan mereka. Mereka juga mendakwa bahawa mereka adalah jaguh dalam ilmu Islam.

Sepatutnya mereka sendiri mempamerkan contoh bagaimana mereka menjadikan anjing sebagai sahabat dalam rumah mereka. Tunjukkan gambar-gambar bagaimana mereka berpelukan dengan anjing kesayangan mereka dan adegan cium-mencium anjing sebagai contoh untuk ikutan bahawa anjing adalah tidak najis bertentangan dengan pendapat lain.

Adakah mereka berasa gembira apabila orang kafir turut gembira dengan perilaku mereka. Hasilnya dakwah telah berjaya menambat hati orang kafir. Tidak salah jika kita katakan akan ada kumpulan yang cuba membuang istilah syurga untuk orang Islam dan neraka untuk orang kafir.

Inilah kedayusan dan ketewasan ‘izzah’ orang Islam sekarang ini kerana diresapi oleh ideologi liberalisme dan pluralisme tetapi masih mendabik dada bahawa kami adalah duah kepada umat untuk menjaga umat ini dari kesesatan. Tanpa mereka menyedari bahawa mereka adalah kumpulan yang menyesatkan umat dari ajaran Islam yang sebenar.

Isu dobi muslim pun masih ingin menjaga hati orang kafir. Kalau boleh apa-apa yang berkaitan dengan hukum-hakam Islam perlu mendapat keredaan orang kafir terlebih dahulu sebelum dibicarakan secara umum.

Istilah bangkai kepada binatang yang tidak disembelih secara Islam mungkin perlu ditukar kepada istilah lain kerana bangkai agak jijik dan kotor. Kesian orang kafir makan makanan yang kotor dan jijik kerana diistilahkan bangkai oleh orang Islam.

Tidak mustahil jika suasana ini berterusan akan berlaku pertukaran istilah syarak agar lebih mesra kepada orang kafir. Jihad menentang kafir sudah tiada dalam Islam sebagaimana dakwaan beberapa kumpulan Islam.

Islam datang untuk memberi rahmat kepada seluruh alam bukannya untuk memerangi musuh Islam. Seolah-olah sesiapa yang bercakap masalah jihad memerangi kafir adalah kumpulan yang jauh dari Islam.

Kalau begini anggapan mereka, sebenarnya mereka sendiri menolak penurunan wahyu Allah yang membicarakan perihal orang kafir yang memerangi Islam dalam banyak ayat-ayat dalam al-Quran.

Allah sendiri yang mengistiharkan orang kafir sebagai musuh Allah maka kamu orang beriman hendaklah berhati-hati dengan mereka.

Kita tidak menafikan terdapat juga orang kafir yang tidak memerangi Islam bahkan boleh hidup dibawah naungan Islam dengan aman dan baik, tetapi jangan pula kita menidakkan kewujudkan kumpulan kafir yang menentang Islam secara terang.

Apa yang berlaku ialah seolah-olah tidak ada orang kafir yang memusuhi Islam. Kekeluan ulamak dan kecelaruan umat ini amat disukai oleh musuh-musuh Islam dari luar dan dalam negara.

Kesannya bila umat bergelora dengan isu-isu di atas yang sememangnya sengaja diwujudkan, agenda musuh terus menerus menerobos mencari sasaran mereka.

Musuh Islam akan menjadikan kumpulan yang menyayangi mereka iaitu pendukung ideologi liberalisme dan pluralisme sebagai batu loncatan untuk mereka terus ke depan.

Kejayaan demi kejayaan akan dapat dicapai setelah umat bercelaru hilang identiti. Umat bercelaru hilang identiti sementara ulamak dan pemimpin kelu hilang misi dan visi menjadi petanda kepada kejatuhan agama, bangsa dan ibu pertiwi.

Ustaz Sharipudin Ab Kadir
YDP Isma Pasir Puteh

The post Ulama kelu umat celaru appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian