UMNO bangga dapat berucap dalam Kongres Parti Komunis China

BANGI, 13 Muharram 1439H, Selasa – Parti UMNO yang kononnya memperjuangkan Melayu kelihatan bangga apabila dipilih untuk menyampaikan ucapan dalam Kongres Nasional Parti Komunis China (CPC) pada 18 Oktober depan.

Menerusi kenyataan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, UMNO menghargai hubungan secara akrab dengan Parti Komunis China.

Dakwanya, CPC mengamalkan sistem satu parti yang bukanlah bermakna tiada demokrasi dalam pentadbiran mereka sebaliknya ia menunjukkan ketelusan di kalangan anggota kongres itu.

“Lihatlah China hari ini apabila menjadi antara negara yang memiliki sistem jaringan pengangkutan tercanggih, komunikasi terkini, industri dalaman yang berkembang dan dalam masa yang sama masih mampu mengekalkan budaya dan tradisi mereka sendiri,” katanya seperti dilapor Umno Online.

Duta Besar Republik China, H.E Dr Huang Huikang ketika hadir di Pejabat UMNO, Menara Dato Onn semalam berkata, Parti Komunis China melihat UMNO dan Barisan Nasional (BN) bukan hanya sekadar rakan dalam jalinan parti politik, tetapi sebagai sahabat serantau merentasi hubungan politik.

“CPC mengagumi perjuangan UMNO dan amat berbangga dengan adanya hubungan akrab yang terjalin dan menjadikan pelbagai etnik yang ada kepada satu keluarga besar dalam masyarakat,” katanya.

Memetik laporan media, Parti Komunis China kerap menindas minoriti umat Islam di negara itu.

Kerajaan komunis China didakwa bangga dengan pelaksanaan One Belt One Road (OBOR) di serata dunia Islam, dalam masa sama, mereka mendiskriminasi dan memberi tekanan kepada Muslim Uighur.

Sebelum ini, Parti Komunis China mengenakan peraturan ketat terhadap Islam termasuk melarang mana-mana bayi diletakkan dengan nama Islam.

The post UMNO bangga dapat berucap dalam Kongres Parti Komunis China appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian