Ustaz Haslin minta penjelasan Singapura

BANGI, 11 Safar 1439H, Selasa – Penceramah bebas Malaysia, Ustaz Haslin Baharim meminta penjelasan lanjut daripada kerajaan Singapura, selepas tidak dibenarkan memasuki negara itu.

Beliau yang popoular dengan gelaran ustaz Bollywood, tidak lagi dibenarkan memasuki Singapura, berikutan pandangannya yang boleh menjejaskan keharmonian sosial.

Kementerian Dalam Negeri Singapura dalam satu kenyataan semalam berkata, Ustaz Haslin dikatakan membawa pandangan yang menggalakkan perpecahan di antara orang Islam dan bukan Islam, yang disifatkannya sebagai menyimpang.

“Saya mahukan penjelasan, di mana rasionalnya mengatakan saya memecahbelahkan antara orang Islam dan bukan Islam. Saya pun tercari-cari ceramah yang mana mengatakan saya menggalakkan perpecahan antara rakyat negara itu.

“Dalam dua hari ini, saya mahu bersemuka dengan pihak agama Islam Singapura untuk diberi penjelasan dan tunjukkan video ceramah saya serta di mana tempatnya.

“Kalau ceramah di Malaysia, mereka (kerajaan Singapura) tak boleh campurkan dengan hal ehwal di Singapura kerana saya berceramah mengikut isu semasa serta latar belakang penonton yang hadir,” katanya seperti dilapor My Metro, hari ini.

Ustaz Haslin berkata, dia lebih kecewa apabila bukan sahaja tidak dibenarkan berceramah, malah turut diharamkan memasuki negara jiran itu.

“Janganlah sampai tak boleh masuk Singapura sebab ramai saudara mara saya di sana untuk saya ziarah. Tak bagi ceramah tak apa, sebab di Malaysia pun banyak permintaan untuk saya berceramah.

“Tapi saya masih mahukan penjelasan isu ini kerana bukan sahaja mencalarkan nama saya di peringkat antarabangsa malah menjejaskan imej Malaysia,” katanya.

Selain Ustaz Haslin, Ulama terkenal yang juga Mufti Zimbabwe, Sheikh Ismail Menk turut dihalang masuk ke Singapura.

Sheikh Ismail didakwa mengajar ajaran yang boleh menyebabkan perpecahan.

The post Ustaz Haslin minta penjelasan Singapura appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian