[VIDEO] Bekas Mufti WP dilantik Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

BANGI, 27 Muharram 1439H, Selasa – Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) baharu.

Pelantikan beliau diumumkan oleh Bahagian Pengurusan Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam satu kenyataan, hari ini.

Menerusi kenyataan itu, penyerahan watikah pelantikan itu telah berlangsung hari ini, oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di pejabatnya, petang tadi.

Jamil Khir berkata, Wan Zahidi, 75, dilantik bagi menggantikan Prof Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin yang telah tamat tempoh pelantikannya.

“Wan Zahidi berpengalaman luas dalam pelbagai bidang dan lapangan kerjaya khususnya yang berkaitan dengan hal ehwal Islam.

“Antara kerjaya perkhidmatan dan jawatan yang pernah disandangnya adalah Mufti Wilayah Persekutuan, Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Pengerusi Panel Pakar Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Pensyarah Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia,” katanya.

Katanya, pelantikan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dengan persetujuan Majlis Raja-Raja.

Turut hadir Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha; Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Datuk Hj Mohd Nordin Ibrahim; Pengarah Bahagian Kemajuan Islam, Hakimah Mohd Yusoff dan Pengarah Bahagian Pengurusan Fatwa, Yaakob Abd Rahim.

DATUK HJ WAN ZAHIDI DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI JAWATANKUASA FATWA MKI YANG BARU17 Oktober 2017 – Berlangsung sebentar tadi penyerahan watikah pelantikan Datuk Hj Wan Zahidi Wan Teh sebagai Pengerusi Jawatankuasa Fatwa MKI yang baru. Watikah pelantikan tersebut disampaikan oleh YB Dato' Seri Jamil Khir bin HJ. Baharom, Menteri Di JPM di pejabatnya. Turut hadir adalah Tan Sri Hj Othman Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hj Mohd Nordin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Puan Hjh Hakimah bt Mohd Yusoff, Pengarah Bahagian Kemajuan Islam dan Tn Hj Yaakob b Abd Rahim, Pengarah Bahagian Pengurusan Fatwa.

Dikirim oleh Bahagian Pengurusan Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada 17 Oktober 2017

The post [VIDEO] Bekas Mufti WP dilantik Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian