Wanita dibenar memandu, jualan kereta Arab Saudi dijangka naik 50 peratus


JEDDAH, 10 Muharram 1439H, Ahad – Susulan perintah Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud membenarkan wanita memandu, jualan kereta di negara itu dijangka meningkat sebanyak 50 peratus.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Kesedaran Perbankan dan Media Kumpulan Bank Arab Saudi, Talat Hafiz berkata, pihaknya bersiap sedia untuk memberi pinjaman terus kepada golongan wanita yang berkelayakan.

“Jualan kereta di Arab Saudi setiap tahun mencecah sebanyak 600,000 buah, namun jumlah ini akan meningkat tidak lama lagi dan memberi kesan positif kepada ekonomi negara.

“Tambahan pula, masalah besar yang dihadapi golongan wanita di negara ini ialah pengangkutan, sebelum ini mereka menghabiskan banyak wang untuk menyewa teksi tetapi dengan peraturan baharu ini mereka boleh berjimat,” katanya dipetik Arab News.

Baru-baru ini Raja Salman membenarkan wanita Arab Saudi memandu mulai Jun tahun depan.

The post Wanita dibenar memandu, jualan kereta Arab Saudi dijangka naik 50 peratus appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?