Wanita guna media sosial latih pejuang Daesh ditangkap

MANILA, 28 Muharram 1439H, Rabu – Pasukan keselamatan Filipina menahan seorang wanita warga negara itu berusia 36 tahun yang disyaki menggunakan media sosial bagi melatih militan Daesh dari seluruh dunia.

Setiausaha Jabatan Keadilan, Vitaliano Aguirre mengumumkan Karen Aizha Hamidon ditangkap di Bandar Taguig pada 11 Oktober lalu.

“Karen merupakan bekas isteri Muhammad Shamin Mohamed Sidek, warga Singapura yang telah ditahan pada Ogos 2015 kerana merancang untuk menyertai Daesh dan menggunakan media sosial untuk menggalakkan keganasan.

“Karen kemudiannya berkahwin dengan Mohammad Jaafar Maguid, seorang warga Filipina, yang mengetuai Ansar al-Khilafah yang berkait rapat dengan Daesh sehinggalah dia dibunuh oleh polis Januari lalu,” kata Aguirre ketika sidang akhbar, pagi tadi.

Aguirre berkata, Karen merupakan sekutu rapat Musa Cerantonio, seorang pendakwah Islam Australia yang dikatakan giat melatih militan Daesh.

Penangkapan Karen berikutan 296 kenyataan menerusi media sosial yang dikaitkan dengannya. Ini menunjukkan pemberontakan dan usahanya untuk melatih pejuang Daesh di bandar selatan Marawi yang dilanda peperangan.

“Adalah amat jelas bahawa tindakannya berpakat dengan pemberontak. Ketika anggota lain bertempur di Marawi, dia ditugaskan untuk mencari militan yang boleh membantu dalam pengepungan Marawi oleh Daesh dan kumpulan Maute,” kata Aguirre.

The post Wanita guna media sosial latih pejuang Daesh ditangkap appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian