Yayasan Ikhlas salur RM147,000 bantu pelarian Rohingya

BANGI, 14 Muharram 1439H, Rabu – Yayasan Ikhlas, sebuah pertubuhan peduli dan prihatin, telah menyalurkan sumbangan lebih RM147,000 kepada pelarian Rohingya di Kem Balukhali dan Kutupalong sejak Disember tahun lalu sehingga hari ini.

Bantuan itu disalurkan kepada etnik Rohingya yang berada di kem pelarian Bangladesh.

Pengerusi Yayasan Ikhlas, Dato’ Mohd Rosli Ramli berkata, pada mulanya misi bantuan ini dirancang untuk dilaksanakan di kawasan Rakhine, Myanmar.

Namun, melihat ancaman yang dibuat Sami Buddha di kedutaan Malaysia di Myanmar, serta nasihat rakan NGO di Indonesia, Yayasan Ikhlas terpaksa menukar rancangan bantuan.

“Pada bulan Ramadan lalu, lima kawasan sahaja yang Yayasan Ikhlas dapat bantu dari aspek penyediaan makanan untuk sahur dan berbuka. Setiap hari, makanan disediakan untuk 100 orang setiap kawasan. RM300 satu hari untuk setiap kawasan, kalau 5 kawasan selama 29 hari dah hampir RM44,000 kami salurkan.

“Selain itu, satu bangunan sekolah telah dibangunkan sebagai pusat pembelajaran kanak-kanak Rohingya bagi mendapatkan pendidikan akademik dan belajar al-Quran.

“Melalui perbincangan kami dengan rakan NGO di sana, setiap sekolah boleh menempatkan pelajar antara 100 hingga 150 orang. Jumlah bantuan yang telah kami sampaikan sehingga hari ini lebih RM147,000,” katanya.

Sehubungan itu katanya, orang ramai yang ingin membuat sumbangan, boleh salurkan terus kepada akaun Yayasan Ikhlas Maybank 5628 3463 6228 atau CIMB 8600 601 366.

Makluman atau pertanyaan lanjut boleh hubungi pegawai Yayasan Ikhlas di talian 012-979021.

The post Yayasan Ikhlas salur RM147,000 bantu pelarian Rohingya appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian