Ziarah Mahabbah Wanita ISMA Seremban

LINGGI, 16 Oktober 2017 – Program Ziarah Mahabbah ke Kompleks Pengajian Anak-anak Yatim dan Warga Emas Darul Widad yang terletak di Pekan Linggi, Port Dickson dianjurkan oleh Wanita Isma Cawangan Seremban dengan Kerjasama Kesatuan Wanita Kg Jimah Lama, Kg Jimah Baru, Kg Mambau dan Taman Kelab Tuanku berlangsung meriah hari ini.

Jawatankuasa Wanita Isma Seremban bersama wakil-wakil wanita Kg Jimah Lama, Kg Jimah Baru, Kg Mambau dan Taman Kelab Tuanku seramai 46 orang, diketuai oleh Ustazah Maimunah Binti Sulaiman telah bersama menjayakan program pada hari ini. Program Ziarah Mahabbah ini disusun khusus bagi mengumpulkan para wanita yang mengikuti kelas Al-Quran bimbingan Ustazah Maimunah di samping mereka turut komited berterusan bersama dalam program Usrah Wanita anjuran Wanita ISMA Seremban.

Seawal jam 7.30 para peserta ziarah mahabbah ini telah berkumpul sebelum berlepas menaiki bas menuju ke Kompleks Pengajian Anak Yatim dan Warga Emas Darul Widad. Selepas menunaikan Solat Dhuha, program dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Ketua Wanita ISMA Seremban, Ustazah Khasliza Sapuan. Kemudian penerangan dan taklimat ringkas tentang Darul Widad serta perkongsian perjalanan jadual dan aktiviti warga Darul Widad dikongsikan oleh Ybg Ustaz Fuad BIn Othman selaku Ahli Lembaga Eksekutif Darul Widad.

Seterusnya kami dihidangkan dengan pengisian rohani dalam slot Usrah Wanita oleh usatzah Nik Norsaha Binti Nik Muhammad mengenai pengajaran daripada peristiwa Hijrah Rasulullah s.a.w. Pentingnya hijrah hati untuk berubah ke arah kebaikan demi kebahagiaan di akhirat kelak ditekankan oleh ustazah menerusi perkongsian beliau. Usai Usrah Wanita ahli rombongan dijamu dengan kudapan minum pagi daripada berbagai juadah yang sangat sedap.

Sebelum pulang, kami dibawa melawat ke bilik-bilik ibu-ibu ahli warga Darul Widad yang menempatkan 2 dan 3 orang sebilik beserta bilik air di dalamnya. Setelah berbual dan berukhuwwah tepat jam 12.30 tengahari kami meninggalkan Kompleks Pengajian Darul Widad dengan penuh syahdu dan insaf kerana sejak pembukaannya pada 1 Mei 2017 hingga kini berjaya melahirkan seorang warga emas berusia 76 tahun berjaya menghafaz al quran sebanyak lebih 10 juzuk.

Semoga ziarah mahabbah kali ini diberkati Allah dan bermanfaat buat kedua-dua pihak.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian