Zionis culik 205 rakyat Palestin 

 

GAZA, 26 Muharram 1439H, Isnin – Dalam tempoh 10 hari sahaja, 205 rakyat Palestin berada dalam genggaman Zionis.

Berdasarkan laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), rejim Zionis Israel telah menculik dan mencederakan rakyat Palestin di kawasan Tebing Barat, Jerusalem dan Gaza.

“Sepanjang 10 hari dalam bulan Oktober 2017, tentera Israel sudah menculik 205 rakyat Palestin dan mencederakan 62 yang lain

“Daripada jumlah itu 23 kanak-kanak dan 2 wanita menjadi mangsa serangan Israel,” kata laporan itu.

Penculikan rakyat Palestin membabitkan kawasan Biddu, Beit Surik, Silwan.

Ia termasuk sekitar kem pelarian Shu’fat di Jerusalem, kem pelarian Jalazun dan Al-Bireh di Ramallah. -Agensi

The post Zionis culik 205 rakyat Palestin  appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian