100 pesakit, empat bayi dipindahkan di Hospital Pulau Pinang

 

GEORGE TOWN, 16 Safar 1439H,  Ahad – 104 pesakit termasuk empat bayi baru lahir di Hospital Pulau Pinang (HPP) terpaksa dipindahkan.

Jabatan Kesihatan Negeri berkata banjir di HPP melibatkan Wad Pesakit, Wad Rawatan Rapi Neonatal dan dan Unit Pengangkutan yang terletak di tingkat bawah.

“Arahan pemindahan telah dikeluarkan oleh Pengarah Hospital dan telah dilaksanakan sekitar jam 2.30 pagi hingga 5.30 pagi ini. Kesemua pesakit yang terlibat telah dipindahkan ke wad-wad yang lebih selamat,” kata HPP dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata, turut dilaporkan berlakunya dua kematian melibatkan seorang lelaki berusia 75 tahun yang ditemui lemas di dalam rumahnya di Kampung Masjid, Jalan Perak dan seorang wanita dari Pusat Penjagaan Orang Tua Jalan P. Ramlee.

Di tanah besar, kawasan yang terlibat banjir ialah Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bagan Dalam, Butterworth, Permatang Rawa, Permatang Pauh, Seberang Jaya, Bukit Teh, Alma, Bukit Tambun dan Simpang Ampat.

Manakala, di bahagian pulau melibatkan Bandaraya George Town, Tanjung Bungah, Jalan Masjid Negeri, Jalan Perak, Jalan P. Ramlee, Kampung Dodol, Balik Pulau, Sungai Ara, Bayan Lepas, Bayan Baru, Teluk Kumbar dan Teluk Bahang.

Ekoran itu, terdapat jalan di kawasan tanah besar yang ditutup iaitu Jalan Kulim, Jalan Bukit Tengah dan Jalan Permatang Pauh. Manakala, di bahagian pulau membabitkan Jalan Tun Sardon, Balik Pulau, Jalan Titi Kerawang dan Teluk Bahang serta beberapa jalan di sekitar George Town.

Penutupan kawasan terbabit oleh kerana berlakunya tanah runtuh, pokok tumbang serta jalan yang dinaiki air.

Hujan lebat yang melanda Pulau Pinang sejak semalam telah melibatkan hampir 2,000 penduduk ditempatkan di pusat pemindahan banjir. – Bernama

 

 

The post 100 pesakit, empat bayi dipindahkan di Hospital Pulau Pinang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian