1,025 Mangsa banjir di Kedah dipindahkan

ALOR SETAR, 16 Safar 1439H, Ahad – Sejumlah 1,025 mangsa banjir di Kedah dipindahkan ke 21 pusat pemindahan banjir sementara berikutan hujan tanpa henti sejak semalam.

Pengarah Pertahanan Awam Negeri, Lt Kol (PA) Mohd Zul Khairi Shamsuddin berkata, kesemua mangsa dipindahkan sejak petang semalam dan hari ini membabitkan penduduk di Kuala Muda, Yan dan Kulim.

Di Kuala Muda, 10 pusat pemindahan dibuka iaitu Pusat Pemindahan (PP) Surau Kampung Bongkok membabitkan 60 mangsa, PP Dewan Kampung Tengah Padang (8 Mangsa) dan PP Dewan Steang Wam Kowang (23 Mangsa).

Manakala, PP Surau Kampung Padang Tok Sorak (72 mangsa), PP Dewan Kampung Bukit Belah Batu Dua (19 mangsa), PP Dewan Taman Bedong Jaya (80 mangsa), PP Surau Taman Malinja (20 mangsa), PP Sekolah Kebangsaan Sri Gedong (33 mangsa), PP Dewan Kampung Segantang Garam (15 mangsa) dan PP Kampung Kilang Makau (19 mangsa).

Di Yan pula, empat pusat pemindahan dibuka iaitu PP Tadika KEMAS Kampung Perigi (16 mangsa), PP Surau Kampung Teroi Bukit (72 mangsa), PP Surau Kampung Lubok Boi (24 mangsa) dan PP Surau Kampung Kepala Bukit dengan 46 mangsa.

Dan di Kulim pula, tujuh pusat pemindahan dibuka iaitu PP Dewan Masjid Sungai Seluang (147 mangsa), PP Dewan Taman Saga (36 mangsa), PP Sekolah Kebangsaan Taman Selasih (197 mangsa), PP Dewan Al-Muqtadin (63 mangsa) PP Surau Taman Kancil (40 mangsa), PP Kampung Naga Lilit (2 mangsa) dan PP Dewan Masjid Sungai Limau dengan 33 mangsa.

Mohd Zul Khairi menerusi kenyataan berkata, terdapat tiga lagi pusat pemindahan yang dibuka namun masih belum mengesahkan jumlah yang terlibat iaitu PP Dewan Sungai Pasir dan PP Dewan Kampung Lebai Ali di Kuala Muda serta PP Surau Al-Haq di Kulim.

“Jumlah mangsa dijangka bertambah dari semasa ke semasa memandangkan hujan masih lagi turun dan akan meningkatkan paras air sungai hingga melimpahi kawasan rumah penduduk terutama yang tinggal di tepi sungai,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Muda, ASP Saifi Abdul Hamid dalam kenyataan berkata, laluan di Kilometer 93.3 Projek Lebuh Raya Utara Selatan yang terletak di Kuala Muda membabitkan laluan di kedua-dua arah dibuka untuk semua kenderaan bermula 10.15 pagi tadi. – Bernama

 

 

The post 1,025 Mangsa banjir di Kedah dipindahkan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian