ismakualaterengganu

11 Pusat pemindahan dibuka di Kuala Muda

SUNGAI PETANI, 16 Safar 1439H, Ahad – Sebanyak 11 pusat pemindahan dibuka di daerah Kuala Muda bagi menempatkan 336 mangsa daripada 86 ke...

SUNGAI PETANI, 16 Safar 1439H, Ahad – Sebanyak 11 pusat pemindahan dibuka di daerah Kuala Muda bagi menempatkan 336 mangsa daripada 86 keluarga setelah beberapa buah kampung dan taman perumahan dilanda banjir kilat.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, pusat pemindahan dibuka sejak pukul 9 malam tadi.

Ia melibatkan Pusat Pemindahan (PP) Surau Kampung Sungai Bongkok yang menempatkan 60 orang mangsa, PP Dewan Kampung Tengah Padang Temusu (8 mangsa), PP Dewan Steang Wam Kowang (23 mangsa) dan PP Surau Kampung Padang Tok Sora (72 mangsa).

Manakala di PP Dewan Kampung Bukit Belah Batu 2 (18 mangsa), PP Dewan Taman Bedong Jaya (80 mangsa), PP Surau Taman Malinja, Semeling (20 mangsa), PP Masjid Permatang Gedong, Sungai Petani (40 mangsa), PP Dewan Kampung Sungai Pasir dan Dewan Kampung Lebai Ali, Bedong yang jumlah mangsa belum diketahui.

Sementara sebuah pusat pemindahan dibuka 6 pagi tadi di Dewan Kampung Segantang Garam yang menempatkan 15 mangsa.

Azahar berkata secara keseluruhan sehingga pukul 9 pagi tadi, 45 buah kampung di 12 mukim dan empat kawasan taman perumahan terjejas akibat banjir kilat. – Bernama

The post 11 Pusat pemindahan dibuka di Kuala Muda appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 2031204941169032423

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item