136 kanak-kanak gelandangan diselamatkan setakat Jun tahun ini

KUALA LUMPUR, 13 Safar 1439H, Khamis – Seramai 136 kanak-kanak gelandangan telah diselamatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dari Januari hingga Jun tahun ini.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, berdasarkan operasi yang dijalankan oleh jabatan itu sejak 2014 hingga tahun ini, sejumlah 714 kanak-kanak gelandangan telah diselamatkan daripada mengemis.

“Daripada jumlah itu, 313 kanak-kanak berkenaan adalah penduduk tempatan manakala 401 merupakan warga asing,” kata kementerian berkenaan dalam satu jawapan bertulis kepada Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang).

Menurutnya, statistik yang direkodkan oleh Yayasan Kebajikan Negara menunjukkan 197 kanak-kanak secara sukarela ditempatkan dengan keluarga angkat di bawah projek Anjung Singgah.

“Mereka ditempatkan untuk dijaga keperluan asas, kebajikan, perlindungan dan bantuan lain yang sesuai sebelum diserahkan semula kepada keluarga mereka.

“Sejumlah 415 pelajar mendaftar di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih dari tahun 2015 hingga 2017, iaitu sebuah sekolah khas yang ditubuhkan oleh Putrajaya untuk kanak-kanak yang kehilangan tempat tinggal,” katanya.

Kementerian itu berkata, meskipun statistik menunjukkan jumlah yang kecil dengan 0.012 peratus berbanding populasi 9.5 juta kanak-kanak di negara ini, namun kerajaan tidak memandang ringan berhubung isu kebajikan mereka.

The post 136 kanak-kanak gelandangan diselamatkan setakat Jun tahun ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian