156,000 pemilih belum mendaftar di Kelantan: SPR

KOTA BHARU, 13 Safar 1439H, Khamis – Seramai 156,000 individu yang beralamat di Kelantan dan sudah layak untuk mengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan, Fakhrul Razi Ab Wahab bagaimanapun berkata, hingga suku ketiga tahun ini seramai 1.02 juta pengundi telah mendaftar.

“Kita jangkakan seramai 70,000 pengundi akan mendaftar sepanjang Oktober hingga Disember ini dan Januari hingga Mac tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Taklimat Petugas Pilihanraya kepada Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, di sini hari ini.

Taklimat dirasmikan Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC Din Ahmad dan turut dihadiri Timbalan Pengarah Pilihan Raya Perak, Shazree Idzham Wahab Abdul Rahman.

Fakhrul Razi turut berharap tiada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak pada PRU14 akan datang dan tiada masalah berkaitan pemasangan dan enggan menurunkan bendera serta ceramah membabitkan fitnah. – Bernama

The post 156,000 pemilih belum mendaftar di Kelantan: SPR appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian