184 maut kena bom, ditembak ketika solat Jumaat di Mesir

KAHERAH, 5 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Sekurang-kurangnya 184 orang terbunuh dalam serangan bom dan tembakan senjata api di sebuah masjid di utara Semenanjung Sinai, lapor media Mesir, hari ini.

Serangan berlaku di masjid Al Rawdah di perkampungan Bir al-Abed, di barat el-Arish, ketika solat Jumaat.

Agensi berita Mesir, MENA yang memetik sumber menganggarkan 184 orang terbunuh dan 120 lagi cedera dalam serangan itu.

Media tempatan melaporkan penyerang meletupkan bahan letupan dan melepaskan tembakan ke arah jemaah masjid ketika khutbah sedang dibaca.

Pihak berkuasa Mesir sejak beberapa tahun lalu bertindak memerangi pergerakan bersenjata di Semenanjung Sinai – wilayah yang kurang penduduk – yang semakin meningkat, terutama selepas tentera menggulingkan Presiden Mohamed Morsi pada pertengahan 2013.

Pada 2014, berikutan serangan oleh pengebom bunuh diri yang mengorbankan 31 askar, Presiden Mesir Abdel Fattah el-Sisi mengisytiharkan darurat di wilayah itu, dan menyifatkannya sebagai sarang pengganas.

Berikutan kejadian itu, laluan Arish-Rafah dilaporkan ditutup.

Serangan itu berlaku sehari sebelum pintu sempadan Rafah, yang menghubungkan Semenanjung Gaza di Palestin dan Mesir, dibuka selama tiga hari.

Berikutan kejadian itu, kerajaan Mesir mengisytiharkan tiga hari sebagai tempoh berkabung.

Belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan yang disifatkan membabitkan kematian tertinggi di Semenanjung Sinai sejak pihak berkuasa memerangi kumpulan IS di wilayah itu. – Agensi

The post 184 maut kena bom, ditembak ketika solat Jumaat di Mesir appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian