200 pekerja maut di tapak ujian nuklear Korea Utara

TOKYO, 12 Safar 1439H, Rabu – Dianggarkan 200 buruh Korea Utara terbunuh apabila gandar beroda lombong yang digali di tapak ujian nuklear negara itu runtuh, lapor stesen televisyen Jepun, Asahi TV, semalam.

Sumber di Korea Utara memberitahu stesen TV itu, kira-kira 100 pekerja sedang menggali sebuah terowong di tapak ujian nuklear di Punggye-ri, sebelum ia runtuh pada 10 September lalu.

Berikutan itu, kira-kira 100 lagi pekerja dihantar untuk melakukan kerja menyelamat rakan mereka, namun turut terperangkap selepas berlaku runtuhan kali kedua.

Bagaimanapun, nahas itu hanya diketahui semalam.

Laporan itu muncul ketika amaran pakar bahawa kawasan itu akan menjadi tidak stabil dan bakal mendedahkan radioaktif ke udara, jika satu lagi ujian nuklear dilakukan.

Ada kemungkinan keadaan itu akan berlaku jika satu lagi ujian nuklear dilakukan, kata Pengarah Pentadbiran Meteorologi Korea, Nam Jae-cheol.

Korea Utara telah menjalankan enam ujian nuklear sejak 2006 yang semuanya dilakukan di bawah Gunung Mantap di Punggye-ri di wilayah Hamgyong.

Kebimbangan bahawa letupan nuklear berikutnya mungkin menjejaskan kestabilan gunung, tersebar sejak ujian nuklear terbaru dan paling berkuasa Korea Utara pada 3 September lalu.

Ujian itu menghasilkan antara 50 hingga 300 kilotan kuasa letupan. Bom atom yang digugurkan di Hiroshima, Jepun pada Perang Dunia Kedua dahulu menghasilkan 15 kilotan kuasa letupan.

Sejak ujian terbaharu bulan lalu, pihak berkuasa telah mengesan empat gegaran kecil di tapak ujian, yang mana sesetengah pakar berkata ia kemungkinan runtuhan gua bawah tanah akibat kuasa letupan itu. – Agensi

The post 200 pekerja maut di tapak ujian nuklear Korea Utara appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian