25 Cedera kemalangan tren MRT Singapura

SINGAPURA, 26 Safar 1439H, Rabu – Sebuah tren SMRT bertembung dengan sebuah kereta api yang tidak bergerak di stesen MRT Joo Koon hari ini, mengakibatkan 25 penumpang cedera, demikian menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Menurut SCDF, ia dimaklumkan pada kira-kira 8.33 pagi mengenai kemalangan itu di stesen yang menghala arah barat ke Tuas Link. Terdapat lima perhentian ke stesen Tuas Link dari stesen Joo Koon.

Stesen Joo Kon berada di Laluan Timur-Barat, yang lebih popular dirujuk sebagai Green Line, dan mempunyai 35 stesen di antara Tuas Link dan Lapangan Terbang Changi.

Para penumpang yang cedera telah dihantar ke hospital, kata SCDF sambil menambah kebanyakan mereka mengalami kecederaan ringan.

Menurut pengendali tren, SMRT, semua tren beroperasi seperti biasa walaupun berlaku insiden itu tetapi menambah penumpang mungkin menghadapi sedikit kelewatan antara 10 hingga 30 minit menghala ke stesen Tuas Link, stesen terakhir Green Line di sebelah timur. – Bernama

The post 25 Cedera kemalangan tren MRT Singapura appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian