26 terbunuh, 20 cedera dalam tembakan di gereja Texas

 

TEXAS, 17 Safar 1439H, Isnin – Seorang lelaki berjalan masuk ke dalam Gereja First Baptist di Wilson County, pagi semalam, dan melepaskan tembakan menyebabkan 26 orang terbunuh, manakala 20 lagi cedera.

Jumlah kematian di pekan kecil di tenggara San Antonio, itu menjadikannya satu pembunuhan besar-besaran dalam sejarah moden Texas. Lelaki yang bertindak berseorangan itu bagaimanapun ditemui mati dalam kenderaannya selepas dikejar anggota polis.

Kejadian dilaporkan berlaku di Gereja First Baptist di Wilson County kira-kira jam 11 pagi waktu tempatan. Mangsa yang maut berusia antara lima dan 72 tahun, kata Gabenor Texas, Greg Abbott.

“23 terbunuh di dalam gereja, dua di luar gereja dan seorang meninggal dunia selepas dipindahkan ke hospital,” katanya.

Sherif Guadalupe County, Sarjan Robert Murphy berkata, penembak itu ditemui mati di dalam keretanya di kawasan kejiranan lain, tetapi tidak pasti sama ada akibat kecederaan atau membunuh diri.

Polis tidak menamakan penyerang, namun pegawai dari Jabatan Keselamatan Awam Texas, Freeman Martin berkata, lelaki itu berkulit putih berusia awal 20-an.

“Penyerang memakai pakaian hitam dilengkapi jaket kalis peluru. Dia dilihat di stesen minyak di hadapan gereja berkenaan sebelum melintas jalan menuju ke gereja itu.

“Dia melepaskan tembakan rambang dan ketika cuba melarikan diri dia terserempak dengan penduduk tempatan yang membawa senjata api. Dia meninggalkan senjatanya dan melarikan diri, sebelum dikejar anggota polis,” katanya. – Agensi

The post 26 terbunuh, 20 cedera dalam tembakan di gereja Texas appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian