328 mangsa banjir di Hulu Langat dipindahkan

KUALA LUMPUR, 22 Safar 1439H, Sabtu – Sebanyak 84 keluarga membabitkan seramai 328 orang mangsa di Hulu Langat dipindahkan ke dua pusat pemindahan banjir selepas kediaman mereka dinaiki air akibat hujan lebat berterusan semalam.

Antara lokasi yang dinaiki air ialah Kampung Sungai Tekali, Kampung Pasir, Sungai Pening, Kampung Sungai Serai, Kampung Seri Nanding dan Sungai Gahal.

Bagaimanapun, sehingga jam 6 pagi tadi banjir kilat di kawasan berkenaan dilaporkan sudah surut.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, 251 mangsa dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, manakala selebihnya di Kompleks Penghulu, Batu 10, Hulu Langat.

“Bagi kawasan Gombok, air kawasan Kampung Sungai Pusu, Taman Rawiyah Jaya, Kampung Gombak Utara, BaTu 8, Batu 9, Batu 7 Setengah, Hulu Klang dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah pun surut dan tiada pusat pemindahan dibuka.

“Sementara itu, berlaku tanah runtuh di Kampung Sungai Pusu Gombak akibat tanah mendap dan berlubang akibat tekanan air bawah tanah.

“Jabatan Kerja Raya (JKR) telah meletakkan kon dan tanda keselamatan sementara waktu di kawasan itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

The post 328 mangsa banjir di Hulu Langat dipindahkan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian