450 menyertai FINALE Kelab Remaja ISMA! Meledak potensi remaja!

AHAD , 26 November 2017 – “ FINALE! Ini negara perjuangan!”, laungan tersebut dilaungkan secara beramai-ramai oleh para peserta FINALE di penghujung program dengan penuh bersemangat. Pada 25 dan 26 November yang lalu ,Kelab REMAJA ISMA (KRIM) telah mengadakan program kemuncak Akademi remaja KRIM(ARK) iaitu di FINALE yang berlangsung serentak di 4 zon di seluruh Malaysia iaitu Zon selatan, Zon Pantai timur, Zon Sabah dan juga Zon Sarawak .

Program Finale ini adalah sebuah program kemuncak Akademi Remaja KRIM (ARK) yang telah diadakan bermula bulan Jun hingga Disember. Finale adalah  berkonsepkan outdoor ,disamping penerapan tarbiah ke dalam jiwa remaja, bertujuan untuk membina kembali jati diri remaja yang kian menghilang di kalangan remaja Melayu Islam kini . Secara amnya, program The Finale ini membina suatu kemenjadian di dalam kalangan remaja kini .

Program Finale ini telah disertai oleh 450 peserta dari seluruh negara dan 24 cawangan Kelab Remaja ISMA di Malaysia . Dengan bertemakan ‘Ini negara perjuangan’ ,tema ini sesuai dan selari dengan misi untuk membangkitkan semangat cinta akan negara dan membakar semangat perjuangan di kalangan remaja di samping penerapan tarbiah yang diperlukan dalam jiwa remaja hari ini .

Pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan sepanjang FINALE, yang bertujuan untuk membina jati diri, kepimpinan,tarbiah , dan semangat berpasukan . Antara aktiviti yang telah diadakan ialah Amazing Race; semangat berpasukan dilihat dan dinilai dalam aktiviti ini. Pada malam hari diadakan malam kebudayaan,di mana para peserta harus membuat persembahan berdasarkan tema ‘Ini negara perjuangan’. Aktiviti ini mendedahkan dan dapat menerapkan kepada peserta tentang semangat perjuangan dan cinta tanah air yang mendalam .

Dalam Finale ini juga,dipertandingkan beberapa anugerah bagi menghargai komitmen para remaja yang menyertai ARK selama 6 bulan. Antara anugerah yang disediakan adalah Anugerah Remaja Gemilang , Tokoh kepimpinan ARK , Tokoh Sukan ARK,Tokoh kebudayaan dan Ikon Remaja ARK . Anugerah ini bertujuan untuk memberi galakkan kepada peserta supaya terus meledakkan potensi mereka . Tirai dilabuhkan dengan anugerah kontijen terbaik setiap zon,dimana setiap kontijen dinilai berdasarkan prestasi sepanjang Finale ,sahsiah,kerjasama dan semangat yang ditunjukkan .

Diharapkan program ARK dan Finale yang diadakan berjaya membina jatidiri remaja dan lebih mencintai tanah air.

 

DISEDIAKAN OLEH AZAIM HASIDI

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian