ismakualaterengganu

ADUN PAS Kedah masuk Bersatu

ALOR SETAR, 7 Rabiulawal 1439H, Ahad – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah mengumumkan menyertai Pa...

ALOR SETAR, 7 Rabiulawal 1439H, Ahad – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah mengumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pengumuman itu dibuat Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam satu sidang media, hari ini.

“Saya dengan sukacita mengumumkan menerima permohonan untuk menjadi ahli dari Yang Berhormat Datuk Amiruddin Hamzah, ADUN Anak Bukit.

“Beliau juga merupakan ketua pembangkang di negeri Kedah. Ini perkembangan yang sangat-sangat dialu-alukan oleh kami di Bersatu,” kata Mukhriz.

Amiruddin yang juga bekas pimpinan Jemaah Islam Malaysia (JIM) berkata, faktor beliau memilih Bersatu adalah kerana mahu memastikan Pakatan Harapan berjaya mengalahkan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU14) nanti.

“Ini keputusan yang saya buat dengan penuh sedar dan dengan konsultasi rakan-rakan, dan juga dalam kawasan dan sebagainya.

“Saya rasa ini adalah satu keputusan yang terbaik yang dapat saya buat bagi memastikan perjuangan untuk menjatuhkan kerajaan kleptokrat, yang telah memberi kesengsaraan kepada rakyat dapat dilakukan dengan baik dan jayanya,” katanya.

Amiruddin dilihat memilih jalan berlainan dengan rakan-rakannya yang menyertai Parti Amanah Negara (PAN).

The post ADUN PAS Kedah masuk Bersatu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 8546189077400000329

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item