AMMAR, RAFSHAM BERI INSPIRASI KEPADA KB ISMA SELANGOR, TEWASKAN GUERRASANTA FC 2-0

Selangor Social Premier League (Forest City) membuka tirai pada hujung minggu ini dengan perlawanan pertama pasukan KB Isma Selangor menentang Guerrasanta FC di Padang FRIM, Kepong jam 5 petang.

Meskipun beraksi tanpa 6 pemain kesebelasan utama, KB Isma Selangor tidak mempunyai banyak masalah untuk selesa menewaskan Guerrasanta FC 2-0 di petang semalam dalam keadaan padang berlopak.

Dalam perlawanan semalam, KB Isma Selangor turun dengan formasi kebiasaan 4-2-3-1 namun menukar Ammar dengan meletakkan Zul Adib selaku penyerang tunggal.

Ternyata pertukaran posisi tersebut memberi lebih banyak ruang buat Ammar untuk bergerak mendapatkan bola selain turut meletakkan Lukhman sebagai pemain sayap kanan berbanding posisi beliau asal sebagai pemain tengah.

Selain kepantasan dan kerajinan Lukhman dan Ammar, ketenangan jentera tengah yang diketuai oleh Rafsham wajar diberi pujian dalam memastikan serangan pasukan Guerrasanta tidak memasuki kawasan KB Isma Selangor.
Selepas beberapa kali serangan, dengan satu hantaran pendek Ammar dan Rafsham membuka ruang untuk Ammar membuka jaringan pertama KB Isma Selangor pada minit ke 9 perlawanan.

Pada separuh masa kedua, Guerrasanta cuba bangkit menyerang dengan bertahan di garisan defensif tinggi dan mula melakukan pressing intensif dengan mengunakan kelemahan KB Isma Selangor yang hanya mempunyai dua pemain pertukaran.

Bagaimanapun keunggulan kualiti teknikal pemain-pemain KB Isma Selangor bererti mereka dapat mengekalkan penguasaan bola dengan baik di sebalik tekanan oleh pasukan Guerrasanta.

Pada minit ke-47′ kealpaan benteng pertahanan Guerrasanta membawa padah apabila Rafsham Berjaya membuat hantaran untuk Ammar melepasi perangkap offside. Walaupun tendangan pertama tersekat dalam lopak air di depan pintu gol, sepakan susulan oleh Ammar Berjaya menerjah jarring.

Keletihan pemain KB Isma Selangor berbaki 15 minit permainan memberi peluang buat Guerrasanta membuat serangan dan hampir mendapat jaringan pada minit ke 70 hasil satu sepakan percuma menarik dari luar kotak penalty yang di selamatkan oleh penjaga gol KB Isma Selangor, Fakhrul.

Perlawanan berakhir dengan KB Isma Selangor menewaskan Guerrasanta FC dengan dua jaringan tanpa balas. Pertemuan seterusnya KB Isma Selangor akan menentang SP FC pada 11 November jam 3 petang di Padang FRIM, Kepong.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian