Anak bekas Raja Arab Saudi antara diseksa, lapor agensi berita

Putera Miteb.

RIYADH, 29 Safar 1439H, Sabtu – Anak bekas Raja Arab Saudi, Raja Abdullah, Putera Miteb – yang suatu ketika dahulu pernah dianggap sebagai bakal Putera Mahkota – didera dan diseksa bersama lima lagi putera raja negara itu, ketika dalam tahanan.

Middle East Eye (MEE) melaporkan semua putera raja Arab Saudi itu dimasukkan ke hospital dalam tempoh 24 jam selepas penangkapan mereka.

Salah seorang daripada mereka dikatakan dimasukkan ke unit rawatan rapi – rawatan segera yang diperlukan jika keadaannya boleh menyebabkan kematian, seperti kegagalan fungsi organ daripada jantung, paru-paru, buah pinggang dan tekanan darah.

Media berkenaan melaporkan, kakitangan hospital diberitahu bahawa kecederaan yang dialami itu akibat daripada cubaan membunuh diri.

Semua mereka dilaporkan dipukul, tetapi tiada yang patah tulang. Namun, kesan pada badan mereka konsisten dengan kasut yang biasa dipakai anggota tentera.

Laporan juga menyebut bahawa unit perubatan kini ditempatkan di Hotel Ritz-Carlton di mana kebanyakan mereka ditahan di situ. Langkah ini bertujuan menghalang mangsa dera dihantar ke hospital.

Selain itu, Hotel Countryard, Diplomatic Quarter yang diuruskan rangkaian Marriott International, turut menjadi ‘penjara’ kepada beberapa lagi putera raja dan tokoh perniagaan terkenal, yang ditangkap hasil operasi besar-besaran diketuai Putera Mahkota Mohammed Bin Salman.

Putera Miteb, 65, sejak 2013 sehingga ditangkap pada 4 November lalu adalah Menteri Pengawal Kebangsaan – unit tentera yang ditubuhkan di kalangan suku puak di Arab Saudi yang setia kepada Keluarga Diraja Saud dan bertanggungjawab melindungi keluarga diraja.

MEE juga melaporkan Putera Abdul Aziz bin Fahd, anak Almarhum Raja Fahd, yang ditangkap September lalu, turut dimasukkan ke hospital, namun keadaannya tidak dapat dipastikan.

Operasi pembersihan yang dilakukan atas nama antirasuah sejak awal bulan ini juga membekukan kira-kira 1,700 akaun bank.

Menurut satu maklumat, Putera Mahkota mendakwa beliau bercadang merampas sehingga AS$1 trilion daripada putera raja dan tokoh perniagaan yang ditahan.

Khamis lalu, The Financial Times melaporkan kerajaan Arab Saudi menawarkan perjanjian dengan mereka yang ditangkap, termasuk jutawan Putera Al-Waleed Bin Talal Bin Abdulaziz Al-Saud, untuk menyerahkan 70 peratus kekayaan mereka sebagai syarat pembebasan. – Agensi

The post Anak bekas Raja Arab Saudi antara diseksa, lapor agensi berita appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian