Anak panda Nuan Nuan dihantar pulang ke China petang ini

BANGI, 25 Safar 1439H, Selasa – Anak panda, Nuan Nuan yang lahir di Zoo Negara Ogos dua tahun lalu, akan dihantar pulang ke China petang ini.

Nuan Nuan adalah anak kepada pasangan panda gergasi, Xing Xing dan Liang Liang, akan dibawa menaiki MAS Cargo menerusi penerbangan jam 5 petang.

Nuan Nuan akan dihantar pulang ke Dujiangyan Panda Base di Sichuan, China, tempat asal ibu bapanya.

Penyerahan pulang anak panda gergasi itu adalah bagi mematuhi Perjanjian Projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi Panda Gergasi antara kerajaan Malaysia dengan China yang memperuntukkan anak panda yang dilahirkan di Malaysia perlu diserah balik kepada China apabila berusia dua tahun.

Terdahulu, Zoo Negara memaklumkan, pihaknya tidak mampu untuk membiayai kos penjagaan yang terlalu tinggi, sekiranya dilanjutkan melebihi dua tahun.

DIfahamkan, Zoo Negara perlu membayar kepada China sebanyak AS$600,000 (RM2,414,116.03) dan memperuntukkan AS$150,000 (RM603,549.80) untuk insurans seekor panda, selain kos operasi penjagaannya menelan hampir RM200,000 sebulan.

The post Anak panda Nuan Nuan dihantar pulang ke China petang ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian