Arab Saudi tutup ruang udara, laut dan darat ke Yaman

Peluru berpandu balistik yang dilancarkan militan Syiah Houthi di Yaman yang menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, Arab Saudi, Sabtu lalu. Peluru berpandu itu bagaimanapun berjaya dipintas.

RIYADH, 17 Safar 1439H, Isnin – Pakatan tentera diketuai Arab Saudi menutup semua ruang udara, laut dan darat ke Yaman bagi membendung pergerakan senjata kepada pemberontak Syiah Houthi yang disokong Iran.

Dalam satu kenyataan disiarkan agensi berita rasmi Arab Saudi, Saudi Press Agensi (SPA) hari ini, langkah itu dibuat susulan kejayaan memintas peluru berpandu yang dilancarkan dari Yaman ke arah Riyadh, kelmarin, yang disifatkan sebagai sesuatu yang berbahaya.

Militan Syiah Houthi yang disokong rejim Iran dilaporkan menguasai sebahagian besar Yaman dan kerap menembak peluru berpandu ke arah Arab Saudi.

Sabtu lalu, pakatan tentera diketuai Arab Saudi memintas peluru berpandu balistik yang menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh. Peluru berpandu itu boleh mencapai jarak 900 kilometer.

Pakatan tentera sebelum ini menyasarkan serangan ke atas Syiah Houthi selepas puak militan itu menguasai sebahagian besar negara itu, termasuk ibu negara Sanaa sejak 2015, memaksa Presiden Abd Rabbuh Mansour Hadi melarikan diri mendapat perlindungan di Arab Saudi.

“Pemerintah pakatan tentera memutuskan menutup sementara ruang udara, laut dan darat di Yaman. Bagaimanapun, pekerja bantuan kemanusiaan tetap dibenar masuk dan keluar dari Yaman,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, selepas siasatan ke atas serpihan dilakukan, pakar teknologi ketenteraan mengesahkan peluru berpandu itu adalah buatan Iran dan diseludup kepada militan Houthi di Yaman bagi tujuan serangan terhadap Arab Saudi.

“Pemerintah tentera pakatan menganggap tindakan rejim Iran membekalkan peluru berpandu kepada militan Houthi sebagai pelanggaran yang jelas terhadap Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang melarang mana-mana negara daripada membekalkan senjata kepada militan ini.

“Selanjutnya, peranan Iran dan arahan langsung kepada proksi mereka, Houthi, adalah satu tindakan agresif yang jelas yang menyasarkan negara jiran, dan mengancam kedamaian dan keamanan di rantau ini dan secara global.

“Oleh itu, tentera pakatan menganggap ianya satu tindakan pencerobohan ketenteraan yang jelas oleh rejim Iran dan boleh dianggap sebagai tindakan perang terhadap Kerajaan Arab Saudi, dan dengan itu menegaskan hak untuk mempertahankan wilayahnya mengikut Perkara 51 Piagam PBB,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa pemerintah tentera pakatan mempunyai hak untuk bertindak balas terhadap Iran pada waktu dan cara yang sesuai, menurut undang-undang antarabangsa dan berdasarkan kepada hak mempertahankan diri. – Agensi

The post Arab Saudi tutup ruang udara, laut dan darat ke Yaman appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian