ismakualaterengganu

Audit: PAC panggil beberapa kementerian, agensi beri penjelasan

KUALA LUMPUR, 8 Rabiulawal 1439H, Isnin – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memanggil beberapa kementerian dan agensi kerajaa...

KUALA LUMPUR, 8 Rabiulawal 1439H, Isnin – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memanggil beberapa kementerian dan agensi kerajaan yang mempunyai kepentingan masyarakat bagi memberi penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 2.

Pengerusinya, Datuk Seri Hasan Arifin berkata, antara kementerian yang akan dipanggil ialah Kementerian Belia dan Sukan mengenai pembinaan kemudahan sukan untuk belia serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

“Selain itu, kita akan memanggil agensi seperti Lembaga Pelabuhan Bintulu dan Malaysia Venture Capital Management Berhad,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen bersempena dengan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 2 di Dewan Rakyat hari ini.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad.

Hasan berkata, PAC secara keseluruhan berpuas hati dengan kandungan laporan itu selain turut memuji kesedaran pengurusan kewangan dalam kalangan pegawai dan penjawat awam.

Sebanyak 240 syor dikemukakan dalam laporan itu bagi membolehkan tindakan pembetulan dan penambahbaikan diambil di peringkat persekutuan dan negeri.

Dalam itu, Madinah berkata, Jabatan Audit Negara (JAN) sentiasa mengambil langkah proaktif iaitu bertindak mengadakan mesyuarat dengan agensi berkaitan sebelum pembentangan laporan kepada PAC.

“Jabatan Audit Negara telah bertindak mengadakan mesyuarat dengan agensi penguat kuasa serta agensi pusat kerajaan persekutuan untuk menentukan pelanggaran tertentu atau kecuaian di pihak penjawat awam supaya tindakan segera dapat dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata kaedah itu ternyata berkesan selepas JAN melakukan perkara sama sebelum pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1 lepas.

“Jabatan Audit Negara sentiasa bekerjasama dengan semua agensi penguat kuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,” katanya.-   Bernama

The post Audit: PAC panggil beberapa kementerian, agensi beri penjelasan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 4218677776551221595

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item