Bajet 2018 lulus dengan satu undi memalukan, kata pembangkang

KUALA LUMPUR, 2 Rabiulawal 1439H, Selasa – Menang dengan satu undi! Demikian yang berlaku di Dewan Rakyat, ketika pengundian mengikut blok bagi meluluskan Bajet 2018, malam tadi.

Keputusan akhir di mana, 52 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyokong dan 51 Ahli Parlimen pembangkang, termasuk enam daripada PAS menentang, turut menyaksikan perang mulut kedua-dua pihak.

Pengundian mengikut blok dicadangkan Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan, selepas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainudin, selesai menggulung perbahasan bagi kementeriannya.

Ketika proses pengundian, beberapa Ahli Parlimen pembangkang bangun membantah kerana ada antara Ahli Parlimen BN lewat masuk ke dalam dewan selepas loceng dibunyikan, tetapi masih dibenar mengundi.

Pembangkang mendakwa senarai pengundian telah diserahkan kepada Bentara sidang Dewan Rakyat, tetapi diambil semula oleh pihak kerajaan apabila mendapati beberapa Ahli Parlimen BN masuk ke dalam dewan dan mengundi.

Ahli Parlimen pembangkang turut menjerit ‘tipu, tipu, tipu’ dan mengatakan tiada siapa yang sepatutnya dibenarkan masuk apabila pengundian sudah berakhir.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee kemudian mengumumkan keputusan di mana 51 Ahli Parlimen menentang, manakala 52 menyokong.

Ahli Parlimen Puchong, Gobin Singh Deo mempertikaikan tindakan dan keputusan itu kerana Ronald telah menandatangani senarai itu, tetapi telah diubahsuai.

“Satu dunia menyaksikannya. Bolehkan senarai itu disemak? Kenapa ini berlaku? Kenapa kamu harus menunggu (Ahli Parlimen BN masuk ke dalam dewan)? Ini sangat memalukan,” katanya.

Sementara itu, enam Ahli Parlimen PAS turut mengundi menentang Bajet 2018 itu atas alasan kos sara hidup.

Mereka adalah Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena); Ahmad Marzuk Shaary (Bachok); Wan Hassan Mohd Ramli (Dungun); Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh); Izani Husin (Pengkalan Chepa); dan Ahmad Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian).

Sebelas lagi Ahli Parlimen daripada PAS yang berada dalam dewan berkecuali, manakala Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Marang); Datuk Takiyuddin Hassan (Kota Bharu), Nasrudin Hassan Tantawi (Temerloh), Nik Abduh Nik Aziz (Pasir Mas); dan Mohd Khairuddin Aman Razali (Kuala Nerus), tidak hadir.

Portal liberal Malaysiakini menuduh taktik berkecuali ini menjadi amalan PAS ketika membuat undian belanjawan Persekutuan, sejak ia berpisah dengan PKR dan DAP.

The post Bajet 2018 lulus dengan satu undi memalukan, kata pembangkang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian