Bajet 2018 tak beri inisiatif selesai masalah utama beliawanis

Oleh Che Siti Rekembang Hasbi

BANGI, 14 Safar 1439H, Jumaat – Dalam Bajet 2018 memang tidak ada satu pun belanjawan khusus yang diberikan kepada golongan beliawanis iaitu wanita muda berusia 20 hingga 30 tahun, kata Ketua Beliawanis PEMBINA, Khairunnisa Mazlan.

Beliau berkata, masalah pokok yang dihadapi oleh beliawanis sekarang ini ialah peluang pekerjaan.

“Saya melihat kerajaan memberikan kelebihan atau bantuan kepada golongan beliawanis secara umum sahaja untuk menanggung kos sara hidup tinggi dan pembayaran hutang pendidikan,” katanya pada Forum Sudut Pandang siri ke-14 yang bertajuk Bajet 2018: Ke Mana Halatuju Negara?, anjuran Ismaweb.net dan Arus Baru, di sini, malam tadi

Katanya, terlalu ramai wanita muda berkelulusan universiti atau sebaliknya, terpaksa bersaing dengan golongan lelaki untuk mendapatkan pekerjaan gara-gara peluang yang disediakan oleh kerajaan sangat terhad.

Ekoran itu, kebanyakan beliawanis memilih untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi bukan kerana niat ingin belajar, tetapi hanyalah untuk membebaskan diri daripada kesusahan mencari pekerjaan.

“Justeru, menerusi bajet, kerajaan seharusnya memberi peruntukan kepada golongan beliawanis secara khusus dengan memperluaskan peluang pekerjaan yang sesuai untuk menampung kehidupan, sebagai contoh pendidikan awal kanak-kanak dan perniagaan yang melibatkan makanan serta pakaian.

“Jika kerajaan tidak membendung permasalahan ini, akan memberi kesan kepada golongan beliawanis antaranya ialah tekanan agar keluar mencari pekerjaan bagi membantu keluarga,” katanya.

The post Bajet 2018 tak beri inisiatif selesai masalah utama beliawanis appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian