Bajet 2018 terus menekan rakyat

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 14 Safar 1439H, Jumaat – Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu lalu, secara tersirat hanya akan terus menekan rakyat dari aspek kos sara hidup tinggi yang tidak akan berakhir.

Ahli Jawatankuasa Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Siti Affiza Mohammad berkata, bajet tahun depan itu, tidak memberi fokus terhadap usaha-usaha mengurangkan harga barang secara keseluruhannya.

“Saya lihat kerajaan tidak fokus. Sebenarnya, peruntukan yang diberi belum mampu untuk menangani kos sara hidup yang tinggi, sehingga rakyat terpaksa tanggung.

“Kemandirian ekonomi yang diwar-warkan juga seolah tidak memberi makna. Kerajaan patut kurangkan kos sara hidup rakyat. Buat sesuatu untuk bantu rakyat,” katanya ketika menjadi ahli panel Forum Sudut Pandang Edisi ke-14 bertajuk Bajet 2018: Ke Mana Hala Tuju Negara, malam tadi.

Sementara itu mengulas mengenai wang defisit sejumlah RM40.39 bilion, akibat daripada unjuran perbelanjaan Bajet 2018 sebanyak RM280.25 bilion, yang mana ia melebihi hasil sebanyak RM239.86 bilion, Affiza berkata, kerajaan sepatutnya menjelaskan apakah langkah yang diambil untuk mengatasi defisit tersebut.

Katanya, kerajaan juga perlu meneroka sumber baharu bagi menjana pendapatan negara.

“Tidakpun kerajaan tidak perlu memberi terlampau lebih, sedangkan tahu kerajaan tidak mampu. Akhirnya, yang menjadi mangsa adalah rakyat,” katanya.

The post Bajet 2018 terus menekan rakyat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian