Banjir di Kedah pulih, semua pusat pemindahan ditutup

SUNGAI PETANI, 20 Safar 1439H, Khamis – Banjir di Kedah pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan terakhir di Dewan Rakan Sukan, Pendang yang menempatkan 213 mangsa daripada 56 keluarga, ditutup secara rasmi pada jam 3 petang tadi.

Pengarah Pertahanan Awam Negeri, Lt Kol (PA) Mohd Zul Khairi Shamsuddin berkata kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini apabila keadaan cuaca beransur baik dan banjir semakin surut.

Gelombang banjir kali ini yang membabitkan enam daerah iaitu Kuala Muda, Baling, Kulim, Bandar Baharu, Yan dan Pendang mengakibatkan 3,402 mangsa daripada 938 keluarga terpaksa dipindahkan.

Sebanyak 40 pusat pemindahan dibuka bagi menempatkan kesemua mangsa terbabit. – Bernama

The post Banjir di Kedah pulih, semua pusat pemindahan ditutup appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian