Banjir: Sebuah sekolah di Sarawak ditutup

MIRI, 27 Safar 1439H, Khamis – Sebuah sekolah rendah di daerah Subis, Miri terpaksa ditutup hari ini akibat banjir berikutan paras air semakin naik di perkarangan dalam dan luar sekolah akibat fenomena air pasang, pagi ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bulau yang mempunyai 39 murid, 12 guru dan seorang kakitangan pentadbiran tidak dapat meneruskan sesi persekolahan setelah jalan masuk ke sekolah dinaiki air.

“Kawasan bawah bangunan sekolah, kediaman guru dan kawasan padang turut dinaiki air,” demikian menurut kenyataan jawatankuasa itu di Miri.

Kenyataan sama turut menyatakan Jabatan Meteorologi Malaysia tidak mengeluarkan sebarang amaran cuaca buruk di Sarawak setakat 9.30 pagi ini.

“Cuaca di Sarawak diramalkan pagi tiada hujan, petang ribut petir di satu atau dua tempat serta malam hujan di satu atau dua tempat,” demikian menurut kenyataan itu. – Bernama

The post Banjir: Sebuah sekolah di Sarawak ditutup appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian