ismakualaterengganu

Banjir semakin teruk di Pulau Pinang

Sumber gambar I-Medik Pulau Pinang   BUTTERWORTH, 16 Safar 1439H, Ahad – Keadaan banjir di beberapa kawasan di Pulau Pinang terj...

Sumber gambar I-Medik Pulau Pinang

 

BUTTERWORTH, 16 Safar 1439H, Ahad – Keadaan banjir di beberapa kawasan di Pulau Pinang terjejas teruk ekoran hujan lebat berterusan selama lebih 17 jam.

Hujan lebat berserta angin kencang yang bermula jam 12 tengah hari semalam, telah melumpuhkan sebahagian besar kawasan di Georgetown dan Seberang Perai, serta mengakibatkan hakisan tanah, pokok tumbang serta kesesakan lalu lintas yang agak teruk.

Antara kawasan terjejas di Georgetown termasuklah Kampung Masjid, Jalan P Ramlee, Sungai Pinang, Jalan Kebun Lama, Lebuh Carnovan, Jalan Anson dan Halaman Bukit Gambir.

Menurut laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Timur Laut, hujan lebat tersebut telah mengakibatkan paras Sungai Pinang, Sungai Air Itam dan Sungai Dondang mencecah paras bahaya dengan masing-masing mencecah 2.83 meter, 6.58 meter dan 21.88 meter.

Menurut laporan tersebut lagi, Taman Siakap, Permatang Rawa, Taman Senangin, Padang Lalang, Mak Mandin dan beberapa kawasan di Penanti merupakan antara kawasan yang terjejas teruk di Seberang Perai.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, berkata sejak tengah malam tadi lebih banyak pusat pemindahan telah dibuka untuk menempatkan penduduk dari kawasan banjir yang terjejas teruk.

Menurut beliau, pusat pemindahan yang dibuka ketika ini adalah Dewan Orang Ramai Mengkuang Titi, Pusat Banjir Lubok Meriam, Sekolah Agama Masjid Mengkuang Semarak, Dewan Orang Ramai Kampung Kota, Dewan Pengkalan Tambang, Dewan Banjir Guar Perahu, Sekolah KAFA Kubang Semang, Sekolah Kebangsaan (SK) Penanti dan Surau Kampung Tok Subuh.

“Pusat pemindahan turut dibuka di SK Sungai Pinang dan SMK Teluk Kumbar 1. Kita anggarkan lebih 500 penduduk dipindahkan di semua pusat yang dibuka.

“Sehingga jam 3 pagi tadi, kerja menyelamat dan memindahkan mangsa giat dilaksanakan,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

The post Banjir semakin teruk di Pulau Pinang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 687102622165464210

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item