Banjir: Tujuh terkorban, Pulau Pinang belum isytihar darurat

BANGI, 17 Safar 1439H, Isnin –Sekurang-kurangnya tujuh orang disahkan terkorban dalam banjir teruk yang melanda Pulau Pinang. 

Enam mangsa ditemui mati lemas di beberapa lokasi, sekitar Georgetown.

Manakala seorang lagi mangsa warga asing ditemui mati akibat dihempap pokok dalam kejadian di Kampung Perlis, Butterworth.

Setakat ini, kerajaan negeri belum mengisytiharkan darurat.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, masih tiada keperluan untuk negerinya mengisytihar darurat, kerana keadaan terkawal dengan bantuan Kerajaan Persekutuan.

“Pengisytiharan darurat dibuat dengan nasihat dan rundingan Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Hujan lebat di Pulau Pinang dicatatkan tertinggi dalam rekod taburan hujan di negeri itu dengan bacaan 315mm.

Di tanah besar, kawasan yang terlibat banjir ialah Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bagan Dalam, Butterworth, Permatang Rawa, Permatang Pauh, Seberang Jaya, Bukit Teh, Alma, Bukit Tambun dan Simpang Ampat.

Manakala, di bahagian pulau melibatkan Bandaraya George Town, Tanjung Bungah, Jalan Masjid Negeri, Jalan Perak, Jalan P. Ramlee, Kampung Dodol, Balik Pulau, Sungai Ara, Bayan Lepas, Bayan Baru, Teluk Kumbar dan Teluk Bahang.

Setakat malam tadi, hampir 4,000 orang dipindahkan di Pulau Pinang melibatkan 56 pusat pemindahan.

The post Banjir: Tujuh terkorban, Pulau Pinang belum isytihar darurat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian