Bayi ditinggalkan dalam beg kertas di surau stesen minyak

BANGI, 19 Safar 1439H, Rabu – Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di sebuah surau di stesen minyak Taman Equine, Seri Kembangan, Serdang awal pagi tadi.

Bayi berkenaan ditemui oleh orang awam dalam keadaan berbungkus kain batik dan diletakkan dalam beg kertas di surau perempuan stesen minyak itu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, ibu pejabat polis daerah (IPD) itu menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan bayi terbabit kira-kira jam 7.26 pagi ini.

Beliau berkata, bayi berkenaan telah dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan.

“Pihak kami memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat kejadian ini untuk menghubungi IPD Serdang bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

The post Bayi ditinggalkan dalam beg kertas di surau stesen minyak appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian