Beijing perkukuh kedudukan di Laut China Selatan

Imej satelit menunjukkan North Island, sebahagian daripada gugusan kepulauan Paracel di Laut China Selatan. Paracel adalah gugusan kira-kira 130 pulau karang kecil dan terumbu karang di tenggara Hainan. – Gambar Reuters

HONG KONG, 12 Safar 1439H, Rabu – Beijing dilihat bersiap sedia memperkukuhkan kedudukannya di Laut China Selatan, selepas secara diam-diam menjalankan banyak projek pembinaan dan penambakan, kata diplomat dan pegawai tentera.

Dengan perhatian dunia ditumpukan kepada Korea Utara dan Beijing ketika kongres Parti Komunis China, perkembangan di Laut China Selatan tidak menjadi berita utama sejak beberapa bulan.

Bagaimanapun, laporan menyebut bahawa menerusi imej satelit yang dikaji baru-baru ini mendapati China terus membangunkan kemudahan di beberapa pulau kecil di kepulauan Paracel yang dipertikaikan, di mana pakar mengatakan laluan perdagangan yang penting masih menjadi titik persoalan global.

Sesetengahnya berpendapat China akan mendaratkan jet pejuangnya yang pertama di atas landasan di Kepulauan Spratly yang dipertikaikan dalam beberapa bulan lagi.

Manakala pegawai tentera pula berkata, Beijing sudah bersedia menggunakan kemudahannya itu untuk memperluaskan pengangkutan angkatan laut dan pengawal pantainya di Asia Tenggara.

Pakar Keselamatan China di Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa Washington, Bonnie Glaser berkata, China membina kemudahan itu yang akan digunakan secara meluas pada masa yang tepat.

“Yang menjadi persoalan sekarang ialah bila, bukannya jika, China dengan kuat mula menegaskan kepentingannya ke atas Laut China Selatan. Dan itu mungkin waktu yang sesuai bagi China,” katanya.

China mendakwa sebahagian besar kawasan itu melalui garis maritimnya menyebabkan berlaku pertindihan tuntutan yang turut dibuat Malaysia, Vietnam, Filipina, Taiwan dan Brunei.

Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Ren Guoqiang mengulangi dakwaan bahawa kepulauan itu adalah secara sah berada di wilayah China. – Agensi

The post Beijing perkukuh kedudukan di Laut China Selatan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian