Bekas Ketua Polis Negara kesal nama dikaitkan dengan ‘9 Dragon’

BANGI, 14 Safar 1439H, Jumaat – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kesal kerana namanya dikaitkan dengan kongsi gelap ‘9 Dragon’, sedangkan dalam satu wawancara beliau tidak menyebut langsung mengenai kumpulan itu.

Sambil menyatakan akan memfailkan saman fitnah terhadap beberapa portal yang menyebabkan nama dan reputasinya terjejas, Musa berkata, beliau hanya menceritakan bagaimana beliau mengatasi masalah jenayah kongsi gelap ketika menjadi Ketua Polis Johor dengan menyediakan senarai nama lengkap ketua-ketua kongsi gelap.

“Saya amat kecewa dengan tindakan beberapa buah portal berita yang mengaitkan nama saya dengan nama “9 Dragon” baru-baru ini kerana saya tidak pernah menyebut atau mengesahkan kewujudan gerakan itu di mana-mana atau pada bila-bila masa pun sebelum ini.

“Oleh itu, saya akan mengambil tindakan memfailkan saman fitnah ke atas portal-portal terlibat kerana menyebabkan nama saya dan reputasi saya terjejas melalui laporan-laporan berkenaan. Saya tidak pernah sekali pun menyebut nama 9 Dragon dalam mana-mana wawancara saya sebelum ini.

“Saya ingatkan dengan tegas supaya berhenti daripada mementingkan populariti berita daripada melaporkan fakta kerana ia akan menyebabkan situasi dalam negara menjadi tidak stabil serta ia mungkin mengganggu siasatan pihak polis ke atas kes jenayah tertentu,” katanya dalam kenyataan semalam.

Musa berkata, beliau tidak menyangka niatnya berkongsi mengenai langkah yang dilakukannya untuk membanteras kongsi gelap disalah tafsir sehingga ada yang menyangka beliau mengesahkan kewujudan ‘9 Dragon’.

“Saya menafikan dengan tegas bahawa saya pernah menyebut atau mengesahkan bahawa 9 Dragon wujud atau ada di dalam negara ini.

“Saya berharap semua portal berita berhenti dari menyebarkan berita berkenaan atau akan berdepan tindakan saman kerana menulis artikel berbaur fitnah,” katanya.

The post Bekas Ketua Polis Negara kesal nama dikaitkan dengan ‘9 Dragon’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian