BN, PH digesa henti letak calon bukan Melayu di kawasan campuran: GPS

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 20 Safar 1439H, Khamis – Gerakan Pengundi Sedar (GPS) menyambut baik saranan penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Noor Mat Yazid semalam, berhubung penekanan terhadap keperluan meletakkan calon berbangsa Melayu di kawasan campuran.

Pengarah GPS, Ustaz As-Siddiq Fauzan berkata, badan bebas itu juga akan meneliti beberapa kawasan campuran lain yang dilihat menjadi kesilapan kepimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, kerana meletakkan calon bukan Melayu.

“Selain empat kawasan yang dinyatakan Prof Madya Dr Mohd Noor Mat Yazid semalam, empat lagi kawasan campuran majoriti Melayu dikenalpasti menjadi kesilapan pimpinan BN dalam meletakkan calon mereka.

“Empat kawasan Parlimen yang disebutkan itu adalah Tanjung Piai, Ulu Selangor, Lumut dan juga Raub,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata, kerusi Tanjung Piai dimenangi oleh MCA, sedangkan 51 peratus pengundi di kawasan itu adalah di kalangan orang Melayu.

“Begitu juga di Ulu Selangor, apabila MIC memenangi kawasan itu, walhal pengundi India hanya 18 peratus dan Melayu 56 peratus.

“Sementara di Lumut, pimpinan BN meletakkan calon MCA yang secara jelas pengundi Cina di kawasan itu hanya 35 peratus berbanding Melayu 51 peratus, meskipun kerusi itu dimenangi oleh calon Melayu daripada PKR.

“Keadaan sama juga dilihat di Raub, dengan mempertaruhkan calon MCA walaupun pengundi Melayu 50 peratus dan Cina hanya 40 peratus,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, kesilapan itu tidak hanya berlaku dalam kepimpinan BN sahaja, sebaliknya pakatan pembangkang juga digesa meletakkan calon Melayu di kawasan campuran, yang mana separuh daripadanya adalah pengundi Melayu.

“GPS mendesak pakatan harapan supaya meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu pada pilihan raya umum (PRU) nanti.

“Ini kerana ia dapat dilihat pada PRU lepas, di kawasan Wangsa Maju, di mana PKR meletakkan calon Cina, walhal pengundi Melayu sebanyak 53 peratus berbanding Cina, 36 peratus,” katanya.

Tegas beliau, penekanan isu calon di kawasan campuran itu bukanlah seruan untuk menjadi rasis, sebaliknya mengikut konsep demokrasi di mana kerusi majoriti Melayu sepatutnya diletakkan calon muslim, Melayu.

“Kita ikut konsep demokrasi, yang mana kawasan majoriti Melayu, letaklah calon Melayu. Manakala, kawasan bukan Melayu bolehlah diletakkan calon selainnya,” katanya.

The post BN, PH digesa henti letak calon bukan Melayu di kawasan campuran: GPS appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian