Bot pelarian Rohingya terbalik, 42 selamat empat lemas
GENEVA, 12 Safar 1439H, Rabu – Sekurang-kurangnya empat pelarian Rohingya dilaporkan lemas selepas bot yang membawa etnik minoriti muslim itu terbalik di Teluk Bengal berhampiran pantai Bangladesh, semalam.
Perkara itu disahkan oleh Agensi Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dalam satu kenyataan.
Jurucakap UNHCR, Babar Baloch berkata, 42 mangsa daripada enam keluarga dilaporkan terselamat dan dibawa ke hospital tempatan untuk menerima rawatan.
Kebanyakan mereka adalah wanita dan kanak-kanak yang melarikan diri dari selatan bandar Maungdaw di Rakhine kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan.
“UNHCR sedih dengan laporan mengenai insiden bot pelarian Rohingya terbalik di Teluk Bengal pagi ini (semalam) di mana sekurang-kurangnya empat mangsa lemas berhampiran pantai di selatan Bangladesh.
“Perahu yang dinaiki mereka dilanda gelombang ombak besar, sebelum terbalik dan menyebabkan empat daripadanya lemas,” katanya. – Agensi
The post Bot pelarian Rohingya terbalik, 42 selamat empat lemas appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan