ismakualaterengganu

Buku panduan sekolah tahfiz dilancar Januari

KUALA LUMPUR, 7 Rabiulawal 1439H, Ahad – Buku panduan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) khas untuk sekolah tahfiz akan dilancarka...

KUALA LUMPUR, 7 Rabiulawal 1439H, Ahad – Buku panduan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) khas untuk sekolah tahfiz akan dilancarkan pada Januari tahun hadapan.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, buku itu akan memberi pendedahan mengenai perkara asas berkaitan KKP.

Katanya, NIOSH akan memastikan buku panduan itu mudah difahami agar dapat dilaksanakan dengan baik di semua sekolah tahfiz seluruh negara.

Selain buku panduan itu, pasukan khas NIOSH juga akan melawat lima kategori sekolah tahfiz yang mewakili pelbagai jumlah pelajar serta status mereka sama ada milik kerajaan, swasta atau persendirian.

“Lawatan itu adalah untuk mendapatkan gambaran sebenar operasi pusat tahfiz serta cara mereka menguruskan risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

“Diharapkan inisiatif yang dicadang ini mampu mengurangkan risiko di pusat tahfiz,” katanya yang dipetik daripada BNBBC.my

Terdahulu, kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas susulan insiden kebakaran yang meragut nyawa 21 pelajar serta dua guru pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat pada 14 September lalu.

The post Buku panduan sekolah tahfiz dilancar Januari appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 2196292455376781865

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item