‘Chopper Garage’ Kelantan minta maaf kepada gabenor Narathiwat

NARATHIWAT, 15 Safar 1439H, Sabtu – Atas tindakan mereka yang menyusahkan raktyat tempatan pada September lepas, anggota kelab motosikal berkuasa tinggi ‘Chopper Garage’ mengunjungi Gabenor Wilayah Narathiwat, Suraporn Prommoon, untuk meminta maaf.

Kunjungan anggota kelab motosikal dari Kelantan itu petang semalam diketuai sendiri Presidennya, Diami Yusoff.

“Kami telah memohon maaf dan berjanji perkara itu tidak berlaku lagi pada masa depan,” katanya selepas kunjungan terhadap Suraporn yang turut disertai Ketua Daerah Muang, Yahya Paknaga dan Ketua Polis Muang, Kolonel Charen Tammakhan.

Dalam kejadian di Muang, Narathiwat itu, anggota kelab berkenaan dikatakan telah menutup sendiri persimpangan jalan raya bagi memberi laluan kepada anggotanya tanpa terlebih dahulu memohon bantuan daripada pihak polis sehingga mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan.

Penduduk menganggap anggota kelab itu telah bertindak sesuka hati dan tidak menghormati undang-undang negara itu.

Menurut Surapon, tindakan menutup persimpangan jalan raya itu bukan sahaja mengundang kritikan, tetapi juga boleh menyebabkan kemalangan.

“Permohonan maaf kelab motosikal itu adalah sesuatu yang amat baik serta menunjukkan semangat yang tinggi dan pihak kami sentiasa bersedia menghulurkan apa sahaja bantuan kepada pelancong Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis trafik Wilayah Narathiwat bersedia mengiringi mana-mana konvoi bermotor daripada Malaysia yang mahu melalui jalan raya di wilayah selatan Thailand itu. – Bernama

The post ‘Chopper Garage’ Kelantan minta maaf kepada gabenor Narathiwat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian