ismakualaterengganu

DAP memang tak suka orang Melayu: Tunku Aziz

BANGI, 8 Rabiulawal 1439H, Isnin – Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengakui parti rasis dan cauvinis DAP sememangnya tidak menyukai orang ...

BANGI, 8 Rabiulawal 1439H, Isnin – Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengakui parti rasis dan cauvinis DAP sememangnya tidak menyukai orang Melayu.

Berdasarkan pengalamannya dalam parti itu, katanya, beliau dapat melihat sendiri sikap semua pemimpin DAP yang tidak menyenangi orang Melayu.

Malah Tunku Aziz yang pernah menjadi Naib Pengerusi DAP berkata, lebih keterlaluan mereka juga tidak menghormati Raja-raja Melayu dan Perlembagaan Persekutuan.

“Ketika Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ditabalkan sebagai Sultan Kedah, beberapa pemimpin DAP telah dijemput ke istana namun saya tidak dapat hadir kerana menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

“Walau bagaimanapun, Lim Guan Eng berkesempatan hadir tetapi apabila pulang dari majlis tersebut dia seolah-olah memerli sistem pemerintahan beraja negara sebagai golongan feudal,” katanya seperti dilapor Utusan Online.

Beliau berkata demikian mengulas gesaan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), yang mahu Kementerian Dalam Negeri menggunakan segala peruntukan undang-undang, bagi memastikan ekstremis perkauman dalam kalangan pemimpin DAP dikenakan hukuman setimpal.

Mengulas perkara sama, bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, Mohamad Razali Abdul Rahman berkata, sememangnya pemimpin DAP suka memperlekehkan kaum lain.

Yang menghairankan katanya, tiada tindakan diambil, bahkan pihak berkuasa seolah-olah pejam sebelah mata dengan perbuatan pemimpin DAP.

“Kelihatan pemimpin DAP ini kebal dengan undang-undang negara, sebab itu mereka boleh bertindak sesuka hati termasuk menghina kaum lain,” katanya.

The post DAP memang tak suka orang Melayu: Tunku Aziz appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 7343190896407139377

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item