Datuk Seri pukul anggota Rela positif dadah

KUALA LUMPUR, 12 Safar 1439H, Rabu – Lelaki bergelar Datuk Seri yang ditahan bagi siasatan kes memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang bertugas di sebuah tokong di Kampung Baru Ampang, Jumaat lalu dipercayai positif dadah.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, ini berdasarkan keputusan ujian air kencing terkini yang dijalankan terhadap suspek.

“Ekoran hasil ujian itu maka kita akan bawa kes ini di bawah Akta Dadah Berbahaya dan aspek lain yang melanggar undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Deepavali di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal polis juga mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau bersabit pengambilan dadah sebelum ini.

Ditanya mengenai gelaran Datuk Seri suspek, Noor Rashid berkata: “Beri ruang kepada polis untuk jalankan siasatan.”

Suspek kini ditahan reman 4 hari selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada 4 petang, semalam.

Dalam kejadian Jumaat lepas, tiga anggota RELA iaitu Melvin Cheong Mun Khai, 19, Leong Jiun Jie, 21, dan Lee Weng Poh, 27, mengalami kecederaan yang didakwa mereka akibat dipukul dan ditendang oleh suspek yang berang selepas diminta mengalihkan kenderaannya yang menganggu aliran lalu lintas. – Bernama

The post Datuk Seri pukul anggota Rela positif dadah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian