Diskriminasi tudung sangat tidak bertamadun: Mufti Negeri Sembilan

BANGI, 26 Safar 1439H, Rabu – Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad menggesa semua ketua agama Islam di setiap negeri bangkit bersuara, khususnya berkaitan isu diskriminasi terhadap umat Islam.

Beliau berkata, diskriminasi agama tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi dalam negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam.

Mengulas mengenai larangan pemakaian tudung oleh pekerja wanita beragama Islam, terutama di bahagian khidmat pelanggan sesebuah hotel, katanya, bentuk diskriminasi sebegitu sangat tidak bertamadun.

“Kita menentang keras diskriminasi agama yang dimainkan segelintir pihak terhadap pemakaian tudung ini.

“Sudah menjadi tanggungjawab wanita Muslim menutup aurat mereka, selain memenuhi tuntutan agama.

“Tidak wajar perkara sedemikian dijadikan isu. Itu semua adalah diskriminasi tidak bertamadun, malah tidak adil kepada golongan wanita Muslim,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Sebelum ini, MAH dalam satu kenyataan mempertahankan tindakan industri perhotelan negara yang melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan, sambil menegaskan ia sebahagian daripada polisi antarabangsa dan bukannya diskriminasi.

Presiden MAH, Cheah Swee Hee berkata, setiap hotel, terutama hotel antarabangsa di Malaysia mempunyai standard operasi (SOP) dan polisi syarikat yang ditetapkan.

Datuk Yusof berkata, larangan pemakaian tudung boleh dianggap sebagai menghina agama Islam.

Ini kerana katanya, semua maklum Islam menuntut wanita Muslim wajib menutup aurat.

The post Diskriminasi tudung sangat tidak bertamadun: Mufti Negeri Sembilan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian