Dua sahabat dihukum gantung sampai mati

KANGAR, 27 Safar 1439H, Khamis – Dua sahabat dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, setelah didapati bersalah membunuh seorang lelaki dua tahun lalu.

Hakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Jazree Jaafar, 25, dan Mohd Naim Man, 28, setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan.

Mereka dituduh secara bersama membunuh Bincharong a/l Amnot, 23, di Kampung Tanah Baru, Kuala Perlis dekat sini, antara 8 malam 10 September 2015 hingga 9 pagi 11 September 2015.

Kedua-dua tertuduh yang bekerja kampung itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Pada 12 September 2015, akhbar melaporkan mayat Bincharong ditemui terapung dengan kedua-dua tangan diikat dengan tali jala di perairan Kuala Perlis berhampiran Sungai Kampung Tanah Baru.

Pendakwaan dikendalikan Badius Zaman Ahmad, manakala Mohamad Jazree diwakili peguam Zamri Ibrahim dan Mohd Naim diwakili Zuhair Ahmad Zakuan. – Bernama

The post Dua sahabat dihukum gantung sampai mati appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian