Empat anggota polis Johor ditahan positif dadah

BANGI, 22 Safar 1439H, Sabtu – Empat anggota berpangkat rendah dan kakitangan awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dan opiat.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, kesemua yang mereka berusia antara 25 hingga 35 tahun itu ditahan selepas gagal dalam ujian saringan dadah besar-besaran yang dilakukan kepimpinan kontinjen negeri, sejak akhir bulan ini.

Menurutnya, operasi berkenaan adalah usaha membersihkan pembabitan anggota atau pegawai di negeri itu daripada kegiatan penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata, saringan yang dilakukan sejak 31 Oktober lalu melibatkan seramai 6,221 daripada 10,370 pegawai, anggota dan kakitangan awam PDRM Johor.

“Daripada jumlah disaring, empat anggota berpangkat rendah dan seorang kakitangan awam ditahan kerana didapati positif dadah.

“Semua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan akan menjalani tindakan perundangan seperti biasa jika disabitkan kesalahan,” katanya seperti dilapor Sinar Online, hari ini.

Mohd Khalil berkata, setakat ini 60 peratus anggotanya telah menjalani ujian saringan itu manakala bakinya melibatkan 4,149 anggota masih dalam proses.

“Jangkaan baki anggota akan melalui proses saringan setiap hari tanpa henti.

“Saya mengambil tindakan tegas untuk membersihkan 100 peratus warga PDRM Johor dan kakitangan awam daripada dadah,” katanya.

The post Empat anggota polis Johor ditahan positif dadah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian