Faktor DAP halang PAS-Bersatu bekerjasama walaupun peringkat negeri

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 20 Safar 1439H, Sabtu – Hubungan politik antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan DAP, berkemungkinan menjadi halangan kepada sebarang bentuk kerjasama PAS dengan parti serpihan UMNO itu, meskipun di peringkat negeri.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Noor Mat Yazid berkata, dalam keadaan politik ketika ini, PAS dilihat lebih cenderung kepada UMNO berbanding parti-parti pakatan harapan.

Katanya, sejarah yang berlaku antara PAS dan DAP sebelum ini, menyukarkan untuk parti itu bersama dengan Bersatu, tidak kira di peringkat negeri atau Parlimen.

“Itu yang berlaku, berikutan hubungan Bersatu dan DAP sendiri kita tahu dalam pakatan pembangkang. Jadi ia menjadi halangan untuk mereka bekerjasama kerana faktor DAP, dan ianya tidak begitu disenangi PAS

“Bagaimanapun, kita belum pasti perkara itu, kerana apa yang boleh saya katakan bahawa politik sukar untuk diramal, dan tidak tolak kemungkinan berlaku perubahan atau keadaan-keadaan lain nanti,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai diminta mengulas sama ada PAS dan Bersatu boleh membentuk kerjasama di peringkat negeri bagi menentang Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Ditanya parti mana yang mungkin boleh bersama dengan PAS, selain UMNO, Dr Yazid berpandangan bahawa parti Islam itu terbuka menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak selagi tidak menganggu matlamat serta politiknya, sebagaimana yang ditegaskan pimpinan mereka sebelum ini.

“Tetapi buat masa ini, saya rasa PAS nampak lebih begitu cenderung kepada UMNO, namun kerjasama politik itu bukan dalam membentuk pakatan tetapi mungkin berkaitan hal-hal tertentu sahaja.

“Saya kira PAS terbuka bekerjasama dengan sesiapa selagi tidak mengganggu matlamat mereka sebagaimana yang pernah berlaku hubungannya dengan DAP dalam Pakatan Rakyat,” katanya.

Jelasnya, PAS kini dilihat lebih tegas dengan prinsip asasnya yang mengangkat perjuangan Islam itu sendiri, berikutan pengalamannya bersama DAP satu ketika dahulu.

“Mungkin pengalaman yang berlaku ketika bersama DAP mengajarnya (PAS) sukar untuk bekerjasama dengan parti begitu sifatnya walaupun menentang musuh sama iaitu BN,” katanya.

 

The post Faktor DAP halang PAS-Bersatu bekerjasama walaupun peringkat negeri appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian