Filipina selamatkan lima tebusan Abu Sayyaf

MANILA, 2 Rabiulawal 1439H, Selasa – Tentera Filipina berjaya menyelamatkan lima nelayan tempatan daripada kumpulan militan Abu Sayyaf di selatan negara itu, lapor agensi berita Xinhua.

Lima nelayan itu dijadikan tebusan selama 35 hari sejak mereka ditahan oleh kumpulan berkenaan berdekatan Kepulauan Sulu.

Ketua Tindakan Mindanao Barat Filipina, Leftenan Jeneral Carlito Galvez berkata, kesemua tebusan berjaya melarikan diri ketika tentera kerajaan berbalas tembakan dengan Abu Sayyaf.

Tambahnya lagi, tentera sedang berusaha menyelamatkan 17 lagi tebusan termasuklah seorang warga Belanda, Vietnam, lima rakyat Indonesia dan 10 penduduk tempatan. – Bernama

The post Filipina selamatkan lima tebusan Abu Sayyaf appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian