Giant tutup bukan sebab ekonomi teruk, kata menteri

PUTRAJAYA, 12 Safar 1439H, Rabu – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin, menafikan penutupan lima cawangan pasar raya Giant ada kaitan dengan keadaan ekonomi negara.

Beliau berkata, keputusan dibuat pemilik pasar raya itu, GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, berikutan masalah sewaan premis selain sebahagian daripada strategi perniagaan mereka untuk mengecilkan saiz cawangan terbabit.

“Mereka perlu mengecilkan saiz cawangan tersebut dan mencari premis lain yang lebih kecil daripada apa yang ada ketika ini.

“Mereka masih dalam perbincangan (mengenai perkara itu) dan ini tiada kaitan dengan keadaan ekonomi negara,” katanya kepada pemberita semalam.

Isu penutupan lima pasar raya Giant di Sri Manjung, Perak; Sungai Petani, Kedah; Shah Alam City Centre dan Selayang Lama di Selangor; dan Sibu, Sarawak pada 5 November ini tular di media sosial baru-baru ini dengan banyak pihak mengaitkannya dengan keadaan ekonomi negara.

Hamzah berkata, semua pihak perlu memahami bahawa peniaga mengambil risiko masing-masing dalam menjalankan perniagaan, termasuk dari segi persaingan dengan kedai dan pasar raya yang lain. – Bernama

The post Giant tutup bukan sebab ekonomi teruk, kata menteri appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian